Friday, March 26, 2010

Terbang ke Malaya untuk 'Berpolitik'?

Memang melucukan notis LARANGAN MENYERTAI AKTIVITI BERKAITAN POLITIK yang ditampal di kampus ni walaupun program itu dah lepas 4 hari. Aku baru cadang nak menaip menyatakan rasa lucu aku bila baca notis tersebut. Tapi laman Pro-M telah sebut pun sebut mereka lucu dengan notis tersebut. klik sini.

Aku sedikit pun tidak salahkan HEP UPMKB kerana menampal notis tersebut memandangkan notis itu 'diterbangkan' dari Serdang. Jadi, mereka hanya ikut kata 'bos'. Membaca tajuk notis pun buatkan aku rasa pelik, politik mana yang mahasiswa kampus Bintulu nak join? Rupa-rupanya, bila dibaca isinya barulah aku tahu notis itu adalah larangan mengikuti kegiatan 'politik semenanjung'. Cuba baca ayat pertama pada perenggan kedua;

"Pihak universiti telah mendapat tahu bahawa terdapat golongan pelajar yang merancang untuk menyertai perjumpaan pada 20 Mac 2010 di Dewan Centrium Setiawangsa, Kuala Lumpur yang ada kaitan dengan aktiviti politik"



Aku pun terpaku memikirkan program apa yang berlangsung pada waktu itu memandangkan tarikh sudah 24 Mac 2010. Sudah 4 hari berlalu! Bila aku cari-cari program apakah yang dikatakan ada kaitan dengan politik itu, rupa-rupanya Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional anjuran Solidariti Mahasiswa Nasional (SMM) yang berlangsung di dewan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya 20 Mac 2010 hari tu. Itupun bukan di Dewan Centrium Setiawangsa kerana terpaksa mengubah tempat di saat-saat akhir. Hasilnya, klik sini.

Aku ingatkan UPM sahaja yang melarang, rupa-rupanya semua universiti sama tak bagi. Aku pun tercari-cari, dalam gambar kongres itu ada ke bendera parti di situ? Tetapi aku tak jumpa pun melainkan yang merasmikan itu adalah orang politik iaitu YB Izzah Anwar.

Nampaknya mahasiswa sering ditakut-takutkan untuk menyertai mana-mana gerakan mahasiswa mengikut peraturan AUKU kononnya. Sudahlah perkataan mahasiswa diubah kepada 'pelajar', lepas tu mengaitkan gerakan mahasiswa sebagai gerakan politik luar.

Usahlah manipulasi hakikat bahawa gerakan mahasiswa tetap gerakan mahasiswa. Politik luar tetap politik luar. Namun, menyatakan pendirian sokongan terhadap mana-mana parti adalah hak individu. Kalaulah mahasiswa asyik terkongkong dengan amaran demi amaran larangan berpersatuan, ini tak boleh dan itu tak boleh, asalkan periuk nasi diri terjaga, maka tunggulah kehancuran negara suatu hari nanti.. Masa tu, yang asyik larang pun dah tua. Tak sempat lari, dah kena penggal batu..

1 comments:

Anonymous said...

pengurusan setiap universiti semacam takut dengan bayang bayang mereka sendiri, mahasisiwa yang mereka asuh sebenarnya punya kuasa yang amat kuat untuk menjatuhkan mereka.
Kalau lah hakikat ini diketahui semua pelajar, pasti banyak perubahan yang akan berlaku dalam universiti sendiri.
Silap haribulan, calon dekan fakulti pun kena di interview student sendiri.

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

Fikir Sejenak...Mahasiswa Kampus Bintulu Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template